PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR
MAKRO TEACHING 1
Bahagian A: Persediaan (25%)
- Objektif (5%)
-
Guru
pelatih menyatakan objektif pembelajaran secara tepat, jelas dan spesifik dalam
rancangan pengajaran harian.
- Perancangan:
·
Isi
kandungan (5%)
-
Guru
pelatih mampu membuat pemilihan ke atas isi pelajaran berdasarkan objektif yang
telah ditetapkan iaitu mengenai mengenalpasti bentuk sajak.
·
Strategi
+ Alat/ Bahan Bantu Pengajaran (5%)
-
Guru
pelatih menggunakan pelbagai strategi dalam mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Strategi yang digunakan oleh guru pelatih dapat dilihat menerusi set
induksi, langkah pertama dan langkah kedua pengajaran. Pada set induksi guru
menggunakan aktiviti mengenalpasti imej yang berbeza yang dijalankan secara
soal jawab. Pada langkah pengajaran 2, guru menggunakan aktiviti Kad Rahsia
bagi mengenalpasti bentuk puisi dan pada langkah pengajaran 2 guru menggunakan
aktiviti soal jawab. Guru juga menggunakan peta I-think bagi menguji kefahaman
murid terhadap isi P&P pada hari tersebut.
·
KBKK/KB/Nilai/Kemahiran
Proses Sains (5%)
-
Guru
pelatih menerapkan nilai kemanusiaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti nilai bantu- membantu. Kemahiran berfikir dalam diri murid juga
diterapkan oleh guru pelatih melalui teknik soal jawab. Guru juga menerapkan
elemen berfikir secara kritis melalui aktiviti menjana idea selain meneraokan
elemen berfikir secara interpersonal.
- Pentaksiran (4%)
-
Guru
pelatih dilihat melakukan pentaksiran melalui lembaran kerja yang diberikan,
peta I-Think dan sesi soal jawab bersama murid.
Bahagian B: Perkembangan (60%)
- Permulaan pengajaran (4%)
-
Guru
pelatih mewujudkan kesediaan belajar dalam diri murid melalui penggunaan kad
imej yang berlainan dimana guru bertanyakan mengenai apakah bentuk atau imej
tersebut.
- Perkembangan pengajaran (5%)
-
Guru
pelatih telah menjalankan kesemua langkah pengajaran berdasarkan kepada apa
yang telah dirancang menerusi Rancangan Pengajaran Harian. Setiap langkah yang
dilakukan mempunyai kesinambungan bagi memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai.
- Perlaksanaan (5%)
·
Strategi
-
Guru
menggunakan pelbagai strategi dalam memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai. Antara startegi yang digunakan dalaha strategi Pemusatan Guru,
Strategi Pemusatan Bahan dan Strategi Pemusatan Murid Strategi yang digunakan
oleh guru pelatih dapat dilihat menerusi set induksi, langkah pengajaran satu,
langakah pengajaran dua dan penutup . Bagi menjalankan semua aktiviti ini, pelbagai
bahan bantu mengajar telah digunakan oleh guru.
·
KBKK/KB/Nilai/Kemahiran
Proses Sains
-
Guru
pelatih juga dilihat menerapkan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam diri
murid seperti nilai bantu membantu dalam diri murid semasa pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru juga menerapkan nilai berfikir
secara kritis yang dilakukan melalui aktiviti menjana idea. Guru juga melatih
murid- murid mengenai kemhairan cara belajar seperti mengingat, menulis,
bertutur dan mendengar. Kemahiran berfikir juga diterapkan melalui aktiviti
soal jawab.
- Pengurusan Bilik Darjah/ Makmal (4%)
-
Guru pelatih
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui pengurusan bilik darjah,
masa dan aktiviti pembelajaran. Bilik darjah dilihat dalam keadaan teratur dan
kemas. Masa yang digunakan untuk setiap aktiviti juga mengikut seperti yang
telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian. Aktiviti pembelajaran
dilakukan dengan baik dan berjalan dengan lancar.
- Komunikasi/ Pertuturan (4%)
-
Guru
pelatih menggerakkan murid untuk menggunakan bahasa yang berkesan semasa
berkomunikasi. Guru pelatih sentiasa peka dengan bahasa yang digunakan oleh
murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dapat dilihat
murid di dalam kelas menggunakan bahasa yang berkesan semasa berkomunikasi di
dalam kelas. Selain itu, guru juga berjaya mewujudkan interaksi dua hala di
dalam kelas iaitu antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
- Pencapaian objektif (5%)
-
Guru
pelatih berusaha sebaik mungkin untuk memastikan objektif pembelajaran yang
dirancang dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
- Pentaksiran (4%)
-
Guru
pelatih mentaksir dan menilai kerja yang dibuat oleh murid melalui aktiviti lembaran
kerja.
- Penguasaan Isi Kandungan (4%)
-
Guru
pelatih berusaha meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa
- Penyertaan pelajar/ murid (4%)
-
Guru pelatih
berjaya melibatkan murid secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran. Murid
memberi kerjasama yang baik semasa melaksanakan setiap aktiviti.
- Penggunaan Alat/ Bahan Bantu Pengajaran
(5%)
-
Guru
pelatih cekap menggunakan alat bantu mengajar seperti Buku teks, Gambar , Kertas Sebak, Marker Pen, Buku Teks, Kad Rahsia,
Lembaran Kerja, Peta I-Think, Pen dan lain-lain untuk menarik minat murid.
- Penutup (5%)
-
Guru
pelatih membuat rumusan pengajaran di akhir pembelajaran berkaitan dengan hasil
pembelajaran pada hari tersebut dengan menyoal beberapa orang murid.
- Refleksi P&P (4%)
-
Guru
pelatih membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian C: Sikap dan sahsiah (10%)
- Penampilan diri (5%)
-
Guru
pelatih berkeyakinan tinggi semasa mengajar. Penampilan diri kemas. Bersikap
mesra dengan murid dengan sentiasa memberi peneguhan positif seperti memberi
tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan baik. Selain itu, guru
pelatih juga bersopan santun dan berbudi bahasa ketika bercakap.
- Ciri-ciri professional (5%)
-
Guru
pelatih menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas ketika
mengajar
Markah keseluruhan= 92%
No comments:
Post a Comment