안녕하세요 HOURGLASS BLOGS : BY LAILA
TEACHING IS WORK FROM HEART THE TIME CONTINUES TO PASS BY AND WE ONLY GROW FURTHER APART THOUGH THE SAND MAY FALL DOWN THE HOURGLASS MAY STOP
Monday, 11 January 2021
Sunday, 14 June 2020
LATIHAN NOVEL 1
Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (6)
Pelbagai peristiwa berlaku dalam latar tempat yang sama.
Jelaskan dua peristiwa yang berlaku di satu latar tempat yang sama dalam sebuah novel.
[7 markah]
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi.
[8 markah]
|
Tuesday, 1 January 2019
Saturday, 9 June 2018
PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR MAKRO 1
PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR
MAKRO TEACHING 1
Bahagian A: Persediaan (25%)
- Objektif (5%)
-
Guru
pelatih menyatakan objektif pembelajaran secara tepat, jelas dan spesifik dalam
rancangan pengajaran harian.
- Perancangan:
·
Isi
kandungan (5%)
-
Guru
pelatih mampu membuat pemilihan ke atas isi pelajaran berdasarkan objektif yang
telah ditetapkan iaitu mengenai mengenalpasti bentuk sajak.
·
Strategi
+ Alat/ Bahan Bantu Pengajaran (5%)
-
Guru
pelatih menggunakan pelbagai strategi dalam mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Strategi yang digunakan oleh guru pelatih dapat dilihat menerusi set
induksi, langkah pertama dan langkah kedua pengajaran. Pada set induksi guru
menggunakan aktiviti mengenalpasti imej yang berbeza yang dijalankan secara
soal jawab. Pada langkah pengajaran 2, guru menggunakan aktiviti Kad Rahsia
bagi mengenalpasti bentuk puisi dan pada langkah pengajaran 2 guru menggunakan
aktiviti soal jawab. Guru juga menggunakan peta I-think bagi menguji kefahaman
murid terhadap isi P&P pada hari tersebut.
·
KBKK/KB/Nilai/Kemahiran
Proses Sains (5%)
-
Guru
pelatih menerapkan nilai kemanusiaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti nilai bantu- membantu. Kemahiran berfikir dalam diri murid juga
diterapkan oleh guru pelatih melalui teknik soal jawab. Guru juga menerapkan
elemen berfikir secara kritis melalui aktiviti menjana idea selain meneraokan
elemen berfikir secara interpersonal.
- Pentaksiran (4%)
-
Guru
pelatih dilihat melakukan pentaksiran melalui lembaran kerja yang diberikan,
peta I-Think dan sesi soal jawab bersama murid.
Bahagian B: Perkembangan (60%)
- Permulaan pengajaran (4%)
-
Guru
pelatih mewujudkan kesediaan belajar dalam diri murid melalui penggunaan kad
imej yang berlainan dimana guru bertanyakan mengenai apakah bentuk atau imej
tersebut.
- Perkembangan pengajaran (5%)
-
Guru
pelatih telah menjalankan kesemua langkah pengajaran berdasarkan kepada apa
yang telah dirancang menerusi Rancangan Pengajaran Harian. Setiap langkah yang
dilakukan mempunyai kesinambungan bagi memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai.
- Perlaksanaan (5%)
·
Strategi
-
Guru
menggunakan pelbagai strategi dalam memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai. Antara startegi yang digunakan dalaha strategi Pemusatan Guru,
Strategi Pemusatan Bahan dan Strategi Pemusatan Murid Strategi yang digunakan
oleh guru pelatih dapat dilihat menerusi set induksi, langkah pengajaran satu,
langakah pengajaran dua dan penutup . Bagi menjalankan semua aktiviti ini, pelbagai
bahan bantu mengajar telah digunakan oleh guru.
·
KBKK/KB/Nilai/Kemahiran
Proses Sains
-
Guru
pelatih juga dilihat menerapkan nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam diri
murid seperti nilai bantu membantu dalam diri murid semasa pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru juga menerapkan nilai berfikir
secara kritis yang dilakukan melalui aktiviti menjana idea. Guru juga melatih
murid- murid mengenai kemhairan cara belajar seperti mengingat, menulis,
bertutur dan mendengar. Kemahiran berfikir juga diterapkan melalui aktiviti
soal jawab.
- Pengurusan Bilik Darjah/ Makmal (4%)
-
Guru pelatih
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui pengurusan bilik darjah,
masa dan aktiviti pembelajaran. Bilik darjah dilihat dalam keadaan teratur dan
kemas. Masa yang digunakan untuk setiap aktiviti juga mengikut seperti yang
telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian. Aktiviti pembelajaran
dilakukan dengan baik dan berjalan dengan lancar.
- Komunikasi/ Pertuturan (4%)
-
Guru
pelatih menggerakkan murid untuk menggunakan bahasa yang berkesan semasa
berkomunikasi. Guru pelatih sentiasa peka dengan bahasa yang digunakan oleh
murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dapat dilihat
murid di dalam kelas menggunakan bahasa yang berkesan semasa berkomunikasi di
dalam kelas. Selain itu, guru juga berjaya mewujudkan interaksi dua hala di
dalam kelas iaitu antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
- Pencapaian objektif (5%)
-
Guru
pelatih berusaha sebaik mungkin untuk memastikan objektif pembelajaran yang
dirancang dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
- Pentaksiran (4%)
-
Guru
pelatih mentaksir dan menilai kerja yang dibuat oleh murid melalui aktiviti lembaran
kerja.
- Penguasaan Isi Kandungan (4%)
-
Guru
pelatih berusaha meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa
- Penyertaan pelajar/ murid (4%)
-
Guru pelatih
berjaya melibatkan murid secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran. Murid
memberi kerjasama yang baik semasa melaksanakan setiap aktiviti.
- Penggunaan Alat/ Bahan Bantu Pengajaran
(5%)
-
Guru
pelatih cekap menggunakan alat bantu mengajar seperti Buku teks, Gambar , Kertas Sebak, Marker Pen, Buku Teks, Kad Rahsia,
Lembaran Kerja, Peta I-Think, Pen dan lain-lain untuk menarik minat murid.
- Penutup (5%)
-
Guru
pelatih membuat rumusan pengajaran di akhir pembelajaran berkaitan dengan hasil
pembelajaran pada hari tersebut dengan menyoal beberapa orang murid.
- Refleksi P&P (4%)
-
Guru
pelatih membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian C: Sikap dan sahsiah (10%)
- Penampilan diri (5%)
-
Guru
pelatih berkeyakinan tinggi semasa mengajar. Penampilan diri kemas. Bersikap
mesra dengan murid dengan sentiasa memberi peneguhan positif seperti memberi
tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan baik. Selain itu, guru
pelatih juga bersopan santun dan berbudi bahasa ketika bercakap.
- Ciri-ciri professional (5%)
-
Guru
pelatih menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas ketika
mengajar
Markah keseluruhan= 92%
Thursday, 31 May 2018
GAMBAR SEPANJANG MAKROTEACHING
GAMBAR SEPANJANG MAKROTEACHING DI SMK VIVEKANANDA BERSAMA MURID TINGKATAN 5A5 .
TOPIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
BENTUK PUISI DALAM SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR
TEKS ANTOLOGI KESUSASTERAAN MELAYU MODEN TINGKATAN 4 DAN 5 KUBENTANG SEHELAI PETA.
Tuesday, 29 May 2018
KAJIAN TINDAKAN
UNTUK KAJIAN TINDAKAN NUR LAILA BINTI RAMLI YANG BERTAJUK
PENGUASAAN BENTUK PUISI (SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR) DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5A5 SMK VIVEKANANDA MENGGUNAKAN AKTIVITI PETA RIMBA SAYA.
ANDA BOLEH TEKAN LINK YANG SAYA NYATAKAN DI BAWAH .
UNTUK RAKAMAN VIDEO SEMASA SAYA MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG MURID TINGKATAN 5A5
https://www.youtube.com/watch?v=p91V29Hogag&t=166s
Monday, 21 May 2018
REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TINGKATAN 5A5
SMK VIVEKANANDA KUALA LUMPUR
SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR
|
Tarikh:
|
18 Mei 2018 (Jumaat)
|
|
Kelas:
|
Tingkatan 5A5
|
|
Mata pelajaran:
|
Gaya Bahasa dalam sajak Kuntum
Rahsia Dari Taman Takdir oleh W.B Rendra (Antologi Teks Kesusasteraan
Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5 Kubentang
Sehelai Peta).
|
|
Hasil Pembelajaran:
|
Hasil Pembelajaran Utama yang saya gunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini adalah hasil pembelajaran 6.0 Menganalisis gaya
bahasa dalam puisi. Hasil pembelajaran
khusus yang saya fokuskan adalah menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi
dan menganalisis unsur bahasa dalam puisi yang akan dipelajari iaitu Sajak
Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir .
Aras yang saya gunakan ialah Aras 1 iaitu menyatakan definisi gaya
bahasa yang terdapat dalam sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir serta
menyenaraikan aspek gaya bahasa dalam sajak yang dikaji. Saya juga
menggunakan aras 2 yang menerangkan asonansi, aliterasi, metafora dan
penggunaan kata ganda dalam puisi.
|
|
ABM/bahan
sumber yang digunakan:
|
Alat Bantu Mengajar yang saya gunakan adalah buku teks, marker pen,
papan tulis, komputer, LCD, Skrin Putih, Kad Tarsia, Kertas Sebak , Lembaran
kerja , Peta I-Think dan Pen.
Alat Bantu Mengajar yang pertama iaitu video yang dipetik dari sumber You Tube iaitu video Fynn Jamal
“Terbang Tunduk” telah disediakan
untuk set induksi. Pada set induksi, saya menggunakan video daripada lagu
Fynn Jamal iaitu lagu Terbang Tunduk yang mengandungi unsur bahasa – bahasa
yang indah sebagai set induksi. Set
Induksi ini mempunyai perkaitan dengan topik pengajaran yang saya ajar pada
hari tersebut.
Berikut merupakan video yang saya gunakan untuk bahagian set induksi :
Kad Tarsia pula adalah bahan sumber yang saya gunakan untuk pengajaran
saya pada langkah yang kedua. Kad Tarsia ini merupakan satu aktiviti yang
memerlukan murid untuk berfikir. Kad Tarsia ini merupakan satu aktiviti yang
mempunyai beberapa bentuk seperti segi tiga, segi empat tepat, heksagon,
oktagon dan sebagainya. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya memilih
Kad Tarsia yang berbentuk segi tiga dan heksagon untuk digunakan dalam
langkah pengajaran yang kedua.
Berikut merupakan Kad Tarsia yang saya gunakan:
Kad Tarsia 1
Kad Tarsia 2
Bahan sumber kertas sebak adalah bahan yang saya gunakan untuk memudahkan
pelajar saya berkongsi jawapan yang mereka peroleh melalui aktiviti Kad
Tarsia dengan rakan pelajar mereka yang lain. Pada kertas sebak tersebut, murid
perlu melekatkan semua Kad Tarsia yang telah diselesaikan. Pelajar saya akan
meletakkan jawapan mereka pada kertas
sebak dan papan tulis tersebut dan ia menggalakkan mereka untuk berkongsi
jawapan dan pelajar lain boleh membuat pembetulan sekiranya jawapan yang
diberi adalah salah.
Seterusnya saya juga menggunakan peta I-Think dan lembaran kerja. Peta I-Think diberikan kepada pelajar untuk memudahkan mereka menulis
idea dan jawapan mereka pada ruang peta I-Think
tersebut. Lembaran kerja yang saya edarkan kepada pelajar adalah untuk tujuan
pengukuhan mereka terhadap mata pelajaran yang saya ajar pada hari tersebut.
|
|
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana
strategi telah dilaksanakan):
|
Strategi pengajaran yang saya gunakan pada hari ini adalah berpusatkan murid
sepenuhnya. Dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya menggunakan kaedah dan
teknik yang berpusatkan kepada murid seperti soal jawab, penerangan dan
beberapa aktiviti seperti Kad Tarsia yang berfokuskan kepada murid.
Untuk menarik perhatian murid , pada bahagian set induksi saya
menggunakan video dan lagu . Saya menggunakan lagu puisi moden untuk menarik
perhatian mereka tentang tajuk pembelajaran pada hari tersebut . Murid
dikehendaki untuk meneliti penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam lirik
lagu yang disampaikan oleh Fynn Jamal iaitu lagu Terbang Tunduk.
Aktiviti seperti teknik soal jawab yang saya gunakan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan semasa set induksi, langkah pertama,
langkah kedua yang penutup. Aktiviti soal jawab ini lazimnya saya lakukan
selepas saya melakukan penerangan dan selepas saya melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Penerangan adalah aktiviti yang berpusatkan kepada murid yang saya
gunakan pada langkah pengajaran saya yang pertama dan pada bahagian penutup,
murid perlu mendengar, fokus dan mencatat maklumat daripada penerangan
tersebut di dalam Peta I-Think .
Kaedah penerangan ini saya lakukan untuk memudahkan pelajar memahami topik
yang dipelajari pada hari tersebut. Kaedah penerangan yang saya lakukan
sebelum saya melakukan aktiviti seperti Kad Tarsia dan aktiviti yang
menggunakan kertas sebak.
|
|
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Hasil pembelajaran yang saya gunakan pada pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini dicapai. Murid – murid saya berjaya mencapai hasil pembelajaran
saya pada hari tersebut. Hasil pembelajaran utama saya pada hari tersebut
adalah :
6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi.
6.1 Menerangkan definisi
gaya bahasa dalam puisi.
6.2 Menganalisis unsur
bahasa dalam puisi yang dikaji.
Murid – murid berjaya menyatakan definisi gaya bahasa dalam puisi saya
ajar pada hari tersebut iaitu Sajak Kuntum
Rahsia Dari Taman Takdir. Murid berjaya mengenal pasti unsur bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Murid
juga dapat menyatakan empat jenis
unsur bahasa kepada saya secara lisan dan tulisan iaitu aliterasi, asonansi,
metafora dan penggunaan kata ganda.
|
|
Adakah
murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya
tahu? Kalau tidak – mengapa?
|
Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ketika saya melakukan semua
aktiviti pada setiap langkah pengajaran dan pembelajaran saya, mereka aktif
melibatkan diri mereka dengan memberi jawapan dan menjawab setiap soalan yang
saya kemukakan pada mereka.
Sekiranya murid tidak memahami soalan pada lembaran kerja, murid aktif
mengangkat tangan dan berjumpa dengan saya untuk bertanya soalan. Apabila
saya melakukan aktiviti, murid akan produktif dalam memberi jawapan dan
bertanya soalan dan mereka juga produktif melibatkan diri mereka dalam
aktiviti Kad Rahsia.
|
|
Adakah
saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Saya
tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya ketika saya melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
|
|
Apakah
bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan
pelajaran ini lagi?
|
Bantuan tambahan , sokongan atau sumber – sumber lain yang dapat
mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) seperti bahan multimedia. Bahan TMK ini akan dapat membantu murid untuk
lebih rajin mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bahan multimedia akan lebih menarik jika dibandingkan dengan bahan maujud
seperti kertas sebak.
Murid pada hari ini lebih meminati bahan multimedia seperti ICT kerana
ia melibatkan mereka untuk menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Penggunaan bahan multimedia dan ICT seperti Kahoot, Quizezz, Power Point, dan
Teknik Penceritaan Digital melalui perisian movie maker. Bahan seperti ini
akan membantu murid untuk lebih memahami
topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
|
|
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi
untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Mengapa?
|
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi
untuk kumpulan yang sama, saya akan lakukan dengan cara yang berbeza kerana cara
yang saya gunakan seperti permainan kad rahsia telah difahami oleh murid,
Saya akan melakukan cara yang berbeza mungkin dengan penggunaan
teknologi dan maklumat (ICT) . Saya akan menggunakan cara yang berpusatkan
kepada ICT keranapada hari ini hampir semua sekolah dibekalkan dengan
kemudahan ICT seperti makmal komputer, bilik tayangan dan terdapat bilik
kelas yang mempunyai kemudahan seperti LCD dan Skrin Projektor. Penggunaan
ICT akan membantu murid untuk lebih meminati topik yang dipelajari dan mereka
akan lebih berminat untuk mengikuti P&P seterusnya.
|
|
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan
dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
|
Teori membantu saya untuk memahami asas masalah pembelajaran, Teori
dapat memberi panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah murid di dalam
kelas.
Antara teori pembelajaran yang saya praktik di dalam kelas saya adalah
teori behaviourisme yang menumpukan kepada tingkah laku pelajar. Teori
behaviourisme saya praktik ketika aktiviti Langkah 1 di mana murid ke hadapan
kelas dan mencabut Kad Rahsia daripada guru lalu menulis jawapan di hadapan
kelas melalui penerangan. Mereka mendengar arahan dan mengikuti arahan yang
diberi oleh saya.
Saya juga menggunakan teori kognitif yang menilai keupayaan mental
murid untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula pengalaman
mereka untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Teori
kognitif digunakan ketika murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan
mengisi peta I-Think yang diberikan kepada mereka. Ia juga dapat dilihat
ketika aktiviti soal jawab antara saya dengan murid ketika di dalam kelas.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 5A5 SMK VIVEKANANDA KUALA LUMPUR SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR ...
-
UNTUK KAJIAN TINDAKAN NUR LAILA BINTI RAMLI YANG BERTAJUK PENGUASAAN BENTUK PUISI (SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR) DALAM KALA...
-
GAMBAR SEPANJANG MAKROTEACHING DI SMK VIVEKANANDA BERSAMA MURID TINGKATAN 5A5 . TOPIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: BENTUK PUISI D...















