Thursday, 31 May 2018

GAMBAR SEPANJANG MAKROTEACHING


GAMBAR SEPANJANG MAKROTEACHING DI SMK VIVEKANANDA BERSAMA MURID TINGKATAN 5A5 .


TOPIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
BENTUK PUISI DALAM SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR

TEKS ANTOLOGI KESUSASTERAAN MELAYU MODEN TINGKATAN 4 DAN 5 KUBENTANG SEHELAI PETA.








Tuesday, 29 May 2018

KAJIAN TINDAKAN

UNTUK KAJIAN TINDAKAN NUR LAILA BINTI RAMLI YANG BERTAJUK 


PENGUASAAN BENTUK PUISI (SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR) DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5A5 SMK VIVEKANANDA MENGGUNAKAN AKTIVITI PETA RIMBA SAYA.


ANDA BOLEH TEKAN LINK YANG SAYA NYATAKAN DI BAWAH .





UNTUK RAKAMAN VIDEO SEMASA SAYA MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG MURID TINGKATAN 5A5



https://www.youtube.com/watch?v=p91V29Hogag&t=166s









Monday, 21 May 2018


REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TINGKATAN 5A5
SMK VIVEKANANDA KUALA LUMPUR


SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR


Tarikh:
18 Mei 2018 (Jumaat)

Kelas:
Tingkatan 5A5

Mata pelajaran:
Gaya Bahasa dalam sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir oleh W.B Rendra (Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5 Kubentang Sehelai Peta).

Hasil Pembelajaran:


Hasil Pembelajaran Utama yang saya gunakan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini adalah hasil pembelajaran 6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam  puisi. Hasil pembelajaran khusus yang saya fokuskan adalah menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi dan menganalisis unsur bahasa dalam puisi yang akan dipelajari iaitu Sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir .

Aras yang saya gunakan ialah Aras 1 iaitu menyatakan definisi gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir serta menyenaraikan aspek gaya bahasa dalam sajak yang dikaji. Saya juga menggunakan aras 2 yang menerangkan asonansi, aliterasi, metafora dan penggunaan kata ganda dalam puisi.
ABM/bahan sumber yang digunakan:


Alat Bantu Mengajar yang saya gunakan adalah buku teks, marker pen, papan tulis, komputer, LCD, Skrin Putih, Kad Tarsia, Kertas Sebak , Lembaran kerja , Peta I-Think dan Pen.

Alat Bantu Mengajar yang pertama iaitu video yang dipetik dari sumber You Tube iaitu video Fynn Jamal “Terbang Tunduk” telah  disediakan untuk set induksi. Pada set induksi, saya menggunakan video daripada lagu Fynn Jamal iaitu lagu Terbang Tunduk yang mengandungi unsur bahasa – bahasa yang indah  sebagai set induksi. Set Induksi ini mempunyai perkaitan dengan topik pengajaran yang saya ajar pada hari tersebut.

Berikut merupakan video yang saya gunakan untuk bahagian set induksi :



Kad Tarsia pula adalah bahan sumber yang saya gunakan untuk pengajaran saya pada langkah yang kedua. Kad Tarsia ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan murid untuk berfikir. Kad Tarsia ini merupakan satu aktiviti yang mempunyai beberapa bentuk seperti segi tiga, segi empat tepat, heksagon, oktagon dan sebagainya. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya memilih Kad Tarsia yang berbentuk segi tiga dan heksagon untuk digunakan dalam langkah pengajaran yang kedua.

Berikut merupakan Kad Tarsia yang saya gunakan:

Kad Tarsia 1


Kad Tarsia 2

Bahan sumber kertas sebak adalah bahan yang saya gunakan untuk memudahkan pelajar saya berkongsi jawapan yang mereka peroleh melalui aktiviti Kad Tarsia dengan rakan pelajar mereka yang lain. Pada kertas sebak tersebut, murid perlu melekatkan semua Kad Tarsia yang telah diselesaikan. Pelajar saya akan meletakkan  jawapan mereka pada kertas sebak dan papan tulis tersebut dan ia menggalakkan mereka untuk berkongsi jawapan dan pelajar lain boleh membuat pembetulan sekiranya jawapan yang diberi adalah salah.

Seterusnya saya juga menggunakan peta I-Think dan lembaran kerja. Peta I-Think diberikan kepada pelajar untuk memudahkan mereka menulis idea dan jawapan mereka pada ruang peta I-Think tersebut. Lembaran kerja yang saya edarkan kepada pelajar adalah untuk tujuan pengukuhan mereka terhadap mata pelajaran yang saya ajar pada hari tersebut.

Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):

Strategi pengajaran yang saya gunakan pada hari ini adalah berpusatkan murid sepenuhnya. Dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya menggunakan kaedah dan teknik yang berpusatkan kepada murid seperti soal jawab, penerangan dan beberapa aktiviti seperti Kad Tarsia yang berfokuskan kepada murid.

Untuk menarik perhatian murid , pada bahagian set induksi saya menggunakan video dan lagu . Saya menggunakan lagu puisi moden untuk menarik perhatian mereka tentang tajuk pembelajaran pada hari tersebut . Murid dikehendaki untuk meneliti penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam lirik lagu yang disampaikan oleh Fynn Jamal iaitu lagu Terbang Tunduk.

Aktiviti seperti teknik soal jawab yang saya gunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan semasa set induksi, langkah pertama, langkah kedua yang penutup. Aktiviti soal jawab ini lazimnya saya lakukan selepas saya melakukan penerangan dan selepas saya melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Penerangan adalah aktiviti yang berpusatkan kepada murid yang saya gunakan pada langkah pengajaran saya yang pertama dan pada bahagian penutup, murid perlu mendengar, fokus dan mencatat maklumat daripada penerangan tersebut di dalam Peta I-Think . Kaedah penerangan ini saya lakukan untuk memudahkan pelajar memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut. Kaedah penerangan yang saya lakukan sebelum saya melakukan aktiviti seperti Kad Tarsia dan aktiviti yang menggunakan kertas sebak.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?




Hasil pembelajaran yang saya gunakan pada pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dicapai. Murid – murid saya berjaya mencapai hasil pembelajaran saya pada hari tersebut. Hasil pembelajaran utama saya pada hari tersebut adalah :

6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi.
      6.1 Menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi.
      6.2 Menganalisis unsur bahasa dalam puisi yang dikaji.

Murid – murid berjaya menyatakan definisi gaya bahasa dalam puisi saya ajar pada hari tersebut iaitu Sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir. Murid berjaya mengenal pasti unsur bahasa  yang terdapat dalam sajak tersebut. Murid juga dapat menyatakan empat  jenis unsur bahasa kepada saya secara lisan dan tulisan iaitu aliterasi, asonansi, metafora dan penggunaan kata ganda.
Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?


Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ketika saya melakukan semua aktiviti pada setiap langkah pengajaran dan pembelajaran saya, mereka aktif melibatkan diri mereka dengan memberi jawapan dan menjawab setiap soalan yang saya kemukakan pada mereka.

Sekiranya murid tidak memahami soalan pada lembaran kerja, murid aktif mengangkat tangan dan berjumpa dengan saya untuk bertanya soalan. Apabila saya melakukan aktiviti, murid akan produktif dalam memberi jawapan dan bertanya soalan dan mereka juga produktif melibatkan diri mereka dalam aktiviti Kad Rahsia.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?

Saya tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya ketika saya melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan , sokongan atau sumber – sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti bahan multimedia. Bahan TMK ini akan dapat membantu murid untuk lebih rajin mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahan multimedia akan lebih menarik jika dibandingkan dengan bahan maujud seperti kertas sebak.

Murid pada hari ini lebih meminati bahan multimedia seperti ICT kerana ia melibatkan mereka untuk menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan bahan multimedia dan ICT seperti Kahoot, Quizezz, Power Point, dan Teknik Penceritaan Digital melalui perisian movie maker. Bahan seperti ini akan membantu murid untuk lebih memahami  topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama, saya akan lakukan dengan cara yang berbeza kerana cara yang saya gunakan seperti permainan kad rahsia telah difahami oleh murid,

Saya akan melakukan cara yang berbeza mungkin dengan penggunaan teknologi dan maklumat (ICT) . Saya akan menggunakan cara yang berpusatkan kepada ICT keranapada hari ini hampir semua sekolah dibekalkan dengan kemudahan ICT seperti makmal komputer, bilik tayangan dan terdapat bilik kelas yang mempunyai kemudahan seperti LCD dan Skrin Projektor. Penggunaan ICT akan membantu murid untuk lebih meminati topik yang dipelajari dan mereka akan lebih berminat untuk mengikuti P&P seterusnya.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.

Teori membantu saya untuk memahami asas masalah pembelajaran, Teori dapat memberi panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas.

Antara teori pembelajaran yang saya praktik di dalam kelas saya adalah teori behaviourisme yang menumpukan kepada tingkah laku pelajar. Teori behaviourisme saya praktik ketika aktiviti Langkah 1 di mana murid ke hadapan kelas dan mencabut Kad Rahsia daripada guru lalu menulis jawapan di hadapan kelas melalui penerangan. Mereka mendengar arahan dan mengikuti arahan yang diberi oleh saya.

Saya juga menggunakan teori kognitif yang menilai keupayaan mental murid untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula pengalaman mereka untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Teori kognitif digunakan ketika murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan mengisi peta I-Think yang diberikan kepada mereka. Ia juga dapat dilihat ketika aktiviti soal jawab antara saya dengan murid ketika di dalam kelas.