Thursday, 15 March 2018

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Penggunaan papan tulis ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses P & P di bilik darjah. Ia adalah kemahiran mengajara secara tradisi.
Penggunaan papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat yang sesuai.
Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar – pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat bahkan ia juga dapat menarik mereka mengikuti pengajarannya.

PRINSIP – PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Guru merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik perhatian.
Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah.
Tulisan dan gambar rajah hendaklah jelas dilihat
Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau penekanan.
Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan selain daripada melukis dan menulis.
Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan – lukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti P & P - Penggunaan papan tulis yang berlebihan akan membuat pelajar bosan.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara – perkara yang penting.
Untuk mendemonstrasikan langkah – langkah penyelesaian masalah secara sistematik.
Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru selain penggunaan komputer.
Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak – kanak dapat pengalaman menulis di papan tulis.
Untuk memberi peluang kepada kanak – kanak meniru huruf daripada papan tulis.

                                    KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti proses P&P secara satu per satu ketika guru memberi penerangan .
Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran yang baru.
Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat.
Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan.
Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.
Aktiviti pembelajaran jadi lebih menarik.
Konsep , fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.



RPH MIKRO : PAPAN TULIS


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 4 Sastera Harapan
Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu
Bilangan Murid : 12 orang
Tarikh : 26 Februari 2018
Masa : 8.10 pagi – 9.20 pagi ( 80 minit )
Tajuk : Gaya bahasa dalam pantun Nilai Insan ( Pantun Enam Kerat )
Genre : Puisi
Pendekatan : Struktural
Objektif : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :
                        1. Menerangkan definisi gaya bahasa dalam Kesusasteraan Melayu dengan jelas melalui aktiviti peta minda.
                        2. Menyenaraikan sekurang – kurangnya 4 aspek gaya bahasa yang terdapat di dalam pantun Nilai Insan ( Pantun Enam Kerat ).
                        3. Mengenal pasti aspek gaya bahasa yang terdapat di dalam pantun Nilai Insan ( Pantun Enam Kerat )  melalui aktiviti Think and Pair.




LANGKAH DAN MASA
ISI PENGAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Langkah 2
Gaya bahasa dalam pantun Nilai Insan ( Pantun 6 Kerat )





1. Guru memberi rangkap pantun Nilai Insan dalam satu Sampul Pantun yang telah disediakan kepada murid – murid .

2. Sebelum guru memulakan catatan di papan tulis , guru menerangkan serba sedikit mengenai Sampul Pantun yang diberi kepada setiap kumpulan.

3. Murid dikehendaki meneliti dan membaca rangkap pantun di dalam Sampul Pantun.

4. Guru mencatat dan melukis peta minda di papan tulis .

5. Setelah selesai , guru meminta semua murid untuk fokus kepada papan tulis .

6. Setiap wakil daripada kumpulan dikehendaki untuk ke hadapan kelas dan mengecam definisi gaya bahasa yang sesuai dan menampal kad gaya bahasa yang disediakan oleh guru.

7. Aktiviti diteruskan sehingga selesai.

8. Kemudian , guru akan memanggil murid yang selebihnya untuk menulis contoh rangkap pantun yang murid perolehi daripada Sampul Pantun di ruang papan tulis yang guru sediakan.
Bahan Bantu :
           Papan Putih
         Peta Minda
         Sampul Pantun
          Kad Bahasa

Nilai :
 Hormat Menghormati
        Kasih Sayang
        Taat

Kaedah :
          Kumpulan
          Perbincangan           Penerangan

Teknik :
          Think and Pair

Kemahiran Nilai Tambah:
        Kemahiran Berfikir Secara Kritis : Menjana Idea
         Kemahiran Belajar Cara Belajar: Melihat , Membaca dan Menulis.
          Kecerdasan Pelbagai:
- Intrapersonal
- Visual- Ruang
        Konstruktivisme