KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Penggunaan
papan tulis ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah
suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses P & P di bilik
darjah. Ia adalah kemahiran mengajara secara tradisi.
Penggunaan
papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan
gambar rajah di tempat yang sesuai.
Guru
yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja
memudahkan pelajar – pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat
bahkan ia juga dapat menarik mereka mengikuti pengajarannya.
PRINSIP – PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN
TULIS
Guru
merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik perhatian.
Guru
cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah.
Tulisan
dan gambar rajah hendaklah jelas dilihat
Kapur
warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau penekanan.
Aktiviti
penggunaan hendaklah dipelbagaikan selain daripada melukis dan menulis.
Pelajar
hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan – lukis carta
atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
Masa
penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti P & P - Penggunaan papan tulis
yang berlebihan akan membuat pelajar bosan.
OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Untuk
menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
Untuk
menarik perhatian pelajar terhadap perkara – perkara yang penting.
Untuk
mendemonstrasikan langkah – langkah penyelesaian masalah secara sistematik.
Untuk
mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru selain penggunaan komputer.
Untuk
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak – kanak dapat pengalaman
menulis di papan tulis.
Untuk
memberi peluang kepada kanak – kanak meniru huruf daripada papan tulis.
KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti proses
P&P secara satu per satu ketika guru memberi penerangan .
Pelajar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran yang
baru.
Pelajar
dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat.
Aktiviti
pengajaran guru dapat dipelbagaikan.
Pelajar
menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru.
Aktiviti
pembelajaran jadi lebih menarik.
Konsep
, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment