Monday, 23 April 2018


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SMK VIVEKANANDA,50470 BRIECKFIELDS,KUALA LUMPUR


Kelas : 5A5
Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu
Bilangan murid :
Tarikh : 10 April 2018
Masa : 9.00  am – 9.30 am ( 30 minit )
Tajuk : Bentuk dalam Sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir (Antologi Teks Kubentang Sehelai Peta)
Genre : Puisi
Pendekatan : Struktural
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. mengenal pasti perbezaan bentuk di antara puisi iaitu pantun dan sajak melalui aktiviti Cari dan Tangkap.
2. menyatakan tiga daripada enam jenis bentuk puisi yang berbeza melalui lembaran kerja dan soal jawab. 
Hasil Pembelajaran :
HPU  :
5.0 Menganalisis bentuk puisi.
ARAS
HPK
5.2 Membandingkan bentuk berbagai puisi yang dikaji.
Aras 3
i. Membandingkan bentuk pelbagai jenis puisi yang dikaji.

Elemen Merentas Kokurikulum :
            Ilmu : Pendidikan Bahasa Melayu
            Kemahiran Nilai Tambah :
i.                    Kemahiran Berfikir :
a.       Kritis : Menjana idea
ii.                  Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal , Verbal Linguistik
iii.                Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mencatat Nota , Bertutur , Mengingat, Menulis
iv.                Pembelajaran konstruktivisme
Sumber : Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5 “ Ku Bentang Sehelai Peta” 2014, DBP : Kuala Lumpur.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu mendeklamasikan sajak.
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, Marker Pen, Papan Tulis.
Bahan Bantu Belajar : Buku Teks, Kad Manila, Balang “Cari dan Tangkap” , Lembaran Kerja, Peta I-Think, Pen.
                       
LANGKAH DAN MASA
ISI PENGAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Mengenali perbezaan benda di sekeliling.


1. Guru mengarahkan kepada murid untuk memerhati keadaan dan benda di sekeliling mereka.

2. Murid memerhati keadaan dan benda di sekeliling mereka dengan teliti.

3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan di antara benda yang mereka perhatikan dengan benda yang guru nyatakan.


Bahan Bantu :
Kelas
Kaedah :
Kelas
Pemerhatian
Teknik yang digunakan :
Soal Jawab
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir kritis : Menjana Idea
Kecerdasan Pelbagai :
Visual – Ruang
Intrapersonal
Langkah 1
( 10 minit)
Perbezaan bentuk dalam puisi.


Permainan “Cari dan Tangkap”





 1. Guru menerangkan kepada murid tentang perbezaan bentuk antara puisi dan guru memilih pantun dan sajak.

2. Kemudian , murid dikehendaki untuk berkumpul di meja tengah dan diketuai oleh guru.

2. Murid diterangkan tentang permainan “Cari dan Tangkap” di mana murid perlu mencari bentuk yang sepadan dengan puisi yang dikaji dan perlu mengasingkan kesemua bentuk kepada dua tempat yang berbeza.

3. Guru memilih secara rawak murid yang perlu mencari setiap jenis bentuk yang terdapat dalam puisi iaitu sajak.

4. Setelah selesai, murid perlu membandingkan bentuk antara dua jenis puisi yang dipilih oleh guru iaitu pantun dan sajak melalui soal jawab dengan guru.

5. Murid dapat mengenal pasti 4 jenis bentuk antara dua jenis puisi yang berbeza.

*Pentaksiran :
-Pentaksiran melalui permainan Cari dan Tangkap.
-Pentaksiran melalui aktiviti soal jawab.
Bahan bantu :
Balang
Stik Ais Krim
Kertas Warna

Kaedah :
Kelas

Teknik digunakan :
Penerangan
Soal Jawab
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran Belajar Cara Belajar:
- Mengingat
- Mendengar
- Bertutur
Kecerdasan Pelbagai :
- Interpersonal
Langkah 2
( 15 minit )
Perbandingan bentuk dengan puisi lain.


Perbandingan di antara bentuk pantun dan sajak.

Pantun Kasih Jualan, Rangkap 2 dari Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden, Kubentang Sehelai Peta.

Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali,
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.

Sajak Kuntum Rahsia dari Taman Takdir, Rangkap 2, Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden, Kubentang Sehelai Peta.

hadir perjaka meniti janji
dengan genggam akad seluruh bukit dan badai
di bahu, seluhur budi sutera ijab
disatu-tidak semudah lafaz ruang
memberi ci(n)ta harap dan bintang.



1. Guru menunjukkan kepada murid dua jenis puisi yang berbeza kepada murid di papan tulis.

2. Murid memberi perhatian dan diminta untuk mencari perbezaan bentuk di antara kedua – dua puisi tersebut.

3. Murid dan guru bersoal jawab tentang perbezaan bentuk dalam kedua – dua jenis puisi tersebut.

4.  Murid diedarkan lembaran kerja untuk memudahkan murid meletakkan jawapan mereka masing – masing untuk perbezaan di antara bentuk kedua – dua puisi tersebut.

*Pentaksiran : Pentaksiran melalui aktiviti soal jawab.
- Pentaksiran melalui aktiviti lembaran kerja.
Bahan Bantu :
Kad Manila
Marker Pen
Lembaran Kerja

Kaedah :
Individu
Perbincangan

Teknik digunakan :
Soal Jawab
Lembaran Kerja

Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran Belajar Cara Belajar:
- Mengingat
- Mendengar
- Bertutur
Kecerdasan Pelbagai :
- Intrapersonal
- Linguistik
Penutup
( 5 minit )
Rumusan :  Perbandingan bentuk berbagai puisi yang dikaji.





1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

2. Murid memberikan tumpuan terhadap rumusan yang diberikan oleh guru. Guru menegaskan tentang perbezaan bentuk dalam puisi yang dikaji.

4. Murid bersoal jawab dengan guru tentang perbezaan bentuk dalam puisi yang dikaji iaitu antara pantun dengan sajak dan murid boleh menyatakan dan menjelaskan bentuk dalam puisi dengan jelas.

*Pentaksiran : Pentaksiran secara lisan melalui aktiviti soal jawab.
Bahan Bantu :
Kad Manila
Marker Pen
Kaedah :
Kelas
Teknik digunakan :
Soal Jawab
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran Belajar Cara Belajar :
- Mendengar
- Bertutur
Kecerdasan Pelbagai
- Intrapersonal





RUBRIK MARKAH SOAL JAWAB.
KRITERIA
RATING
1. Menerangkan secara terperinci .
    Maklumat yang diberikan tepat.
    Menerangkan maklumat dengan jelas.
Cemerlang
                                                   [8-10]
2. Memahami hampir sebahagian pembelajaran.
    Menerangkan secara luaran sahaja.
    Maklumat yang diberi kurang jelas.
Sederhana
[4-7]
3. Gagal memberikan sebarang jawapan.
    Tidak dapat menerangkan jawapan.
    Gagal menjelaskan sebarang maklumat.
Kurang Memuaskan
[1-3]


RUBRIK LEMBARAN KERJA
JUMLAH MARKAH
TAHAP PENCAPAIAN
SKOR
9-10
Cemerlang
- Murid memberi jawapan tentang maksud gaya bahasa dengan tepat.
- Murid menjelaskan jawapan dengan baik.
- Semua jawapan yang diberikan tepat.
3
5-8
Sederhana
- Murid memberi jawapan tentang maksud gaya bahasa dengan kurang jelas.
- Murid menjelaskan jawapan dengan kurang tepat.
- Semua jawapan yang diberikan oleh murid kurang tepat.
2
1-4
Lemah
- Murid gagal memberi jawapan tentang maksud gaya bahasa.
- Murid gagal menjelaskan jawapan dengan baik.
- Semua jawapan yang diberikan gagal.
1





No comments:

Post a Comment