REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MAKRO 1 TINGKATAN 5A5
SMK VIVEKANANDA KUALA LUMPUR
BENTUK DALAM SAJAK KUNTUM RAHSIA DARI TAMAN TAKDIR
Tarikh:
|
10 April 2018 (Selasa)
|
Kelas:
|
Tingkatan 5A5
|
Mata pelajaran:
|
Bentuk dalam sajak Kuntum Rahsia
Dari Taman Takdir olehW.B Rendra (Antologi Teks Kesusasteraan Melayu
Moden Tingkatan 4 dan 5 Kubentang
Sehelai Peta).
|
Hasil Pembelajaran:
|
Hasil Pembelajaran Utama yang saya gunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini adalah hasil pembelajaran 5.0 Menganalisis bentuk
puisi. Hasil pembelajaran khusus yang saya fokuskan adalah menghuraikan bentuk
puisi yang akan dipelajari iaitu Sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir .
Aras yang saya gunakan ialah Aras 1 iaitu menyatakan bilangan rangkap
dan baris yang terdapat dalam sajak Kuntum Rahsia Dari Taman Takdir serta
menyatakan bilangan suku kata dan perkataan yang terdapat dalam baris sajak
yang dikaji. Saya juga menggunakan aras 1 yang menyatakan rima akhir sajak
yang dikaji pada hari ini.
|
ABM/bahan
sumber yang digunakan:
|
Alat Bantu Mengajar yang saya gunakan ialah buku teks, gambar, kertas sebak
dan marker pen manakala Bahan Bantu Mengajar(BBM) atau bahan sumber yang saya
gunakan ialah buku teks, Kad Rahsia, lembaran kerja, peta I-Think dan pen.
Alat Bantu Mengajar yang pertama iaitu gambar disediakan untuk set
induksi. Pada set induksi, saya menggunakan tiga jenis gambar yang berbeza
iaitu gambar arnab, bola ragbi dan bola keranjang. Saya mengarahkan pelajar
untuk meneka bentuk yang terdapat pada ketiga – tiga jenis gambar tersebut .
Set Induksi ini mempunyai perkaitan dengan topik pengajaran yang saya ajar
pada hari tersebut.
Kad Rahsia pula adalah bahan sumber yang saya gunakan untuk pengajaran
saya pada langkah pertama. Kad Rahsia ini mempunyai lima kad yang mengandungi
bentuk yang terdapat pada sajak iaitu rangkap, baris, rima akhir, suku kata
dan patah perkataan. Saya memilih pelajar secara rawak untuk mencabut Kad
Rahsia tersebut dan hasil perbincangan mereka ditulis pada kertas sebak yang
saya sediakan.
Kad Rahsia
Bahan sumber kertas sebak adalah bahan yang saya gunakan untuk
memudahkan pelajar saya berkongsi jawapan yang mereka peroleh dengan rakan
pelajar mereka yang lain. Pada kertas sebak tersebut, saya menulis setiap
rangkap sajak dan dilekatkan pada papan tulis. Pelajar saya akan menulis
jawapan mereka pada kertas sebak dan papan tulis tersebut dan ia menggalakkan
mereka untuk berkongsi jawapan dan pelajar lain boleh membuat pembetulan
sekiranya jawapan yang diberi adalah salah.
Seterusnya saya juga menggunakan peta I-Think dan lembaran kerja. Peta I-Think diberikan kepada pelajar untuk memudahkan mereka menulis
idea dan jawapan mereka pada ruang peta I-Think
tersebut. Lembaran kerja yang saya edarkan kepada pelajar adalah untuk tujuan
pengukuhan mereka terhadap mata pelajaran yang saya ajar pada hari tersebut.
|
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana
strategi telah dilaksanakan):
|
Strategi pengajaran yang saya gunakan pada hari ini adalah berpusatkan
murid sepenuhnya. Dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya menggunakan kaedah
dan teknik yang berpusatkan kepada murid seperti aktiviti soal jawab,
penerangan dan beberapa aktiviti seperti Kad Rahsia yang melibatkan murid
dengan lebih aktif daripada guru.
Untuk menarik perhatian murid , pada bahagian set induksi saya
menggunakan imej . Saya menggunakan tiga keping gambar yang berbeza bentuk
dan warna . Tiga keping gambar tersebut menunjukkan imej seekor arnab yang
berwarna coklat, bola ragbi dan bola keranjang. Murid dikehendaki untuk
mencari perbezaan bentuk di antara ketiga – tiga gambar tersebut dan mereka
perlu menyatakan setiap perbezaan yang mereka temui.
Untuk merangsang murid , saya
menggunakan aktiviti soal jawab ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan semasa set induksi, langkah pertama, langkah kedua yang penutup. Aktiviti
soal jawab ini lazimnya saya lakukan selepas saya melakukan penerangan dan
selepas saya melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Penerangan ialah perkara yang memfokuskan kepada murid untuk mendengar
dan fokus , saya gunakan aktiviti ini pada langkah pengajaran saya yang
pertama dan pada bahagian penutup. Kaedah penerangan ini saya lakukan untuk
memudahkan pelajar memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut. Kaedah
penerangan yang saya lakukan sebelum saya melakukan aktiviti seperti Kad
Rahsia dan aktiviti yang menggunakan kertas sebak.
|
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Hasil pembelajaran yang saya gunakan pada pengajaran dan pembelajaran pada
hari ini dicapai. Murid – murid saya berjaya mencapai hasil pembelajaran saya
pada hari tersebut. Hasil pembelajaran utama saya pada hari tersebut adalah :
5.0 Menganalisis bentuk puisi.
5.1 Menghuraikan bentuk
puisi yang dikaji.
Murid – murid berjaya menganalisis bentuk puisi yang saya ajar pada
hari tersebut iaitu Sajak Kuntum Rahsia
Dari Taman Takdir. Murid berjaya mengenal pasti jenis dan bentuk yang
terdapat dalam sajak tersebut. Murid juga dapat menyatakan lima jenis bentuk
sajak kepada saya secara lisan dan tulisan iaitu rima akhir, suku kata, patah
perkataan, baris dan rangkap. Murid juga dapat mengenal pasti jenis sajak
tersebut iaitu bebas.
Walaupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas,
terdapat 4 orang murid yang tidak berjaya untuk mengikuti proses P&P saya
seiring dengan murid yang lain. Mereka lambat untuk memproses maklumat yang
mereka peroleh sepanjang proses P&P. Namun, setelah saya melakukan kajian
tindakan ke atas 4 orang murid tersebut, mereka berjaya mengenal pasti dan
menyatakan bentuk puisi tersebut.
|
Adakah
murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya
tahu? Kalau tidak – mengapa?
|
Murid saya melibatkan diri secara produktif dan aktif sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ketika saya melakukan semua
aktiviti pada setiap langkah pengajaran dan pembelajaran saya, mereka aktif
melibatkan diri mereka dengan memberi jawapan dan menjawab setiap soalan yang
saya kemukakan pada mereka.
Sekiranya murid tidak memahami soalan pada lembaran kerja, murid aktif
mengangkat tangan dan berjumpa dengan saya untuk bertanya soalan. Apabila
saya melakukan aktiviti, murid akan produktif dalam memberi jawapan dan
bertanya soalan dan mereka juga produktif melibatkan diri mereka dalam
aktiviti Kad Rahsia.
|
Adakah
saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Saya
tidak mengubah rancangan pengajaran harian saya ketika saya melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
|
Apakah
bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan
pelajaran ini lagi?
|
Bantuan tambahan , sokongan atau sumber – sumber lain yang dapat
mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) seperti bahan multimedia. Bahan TMK ini akan dapat membantu murid untuk
lebih rajin mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bahan multimedia akan lebih menarik jika dibandingkan dengan bahan maujud
seperti kertas sebak.
Murid pada hari ini lebih meminati bahan multimedia seperti ICT kerana
penggunaan ICT akan melibatkan mereka untuk menggunakan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan bahan multimedia dan
ICT seperti Kahoot, Quizezz, Power
Point, dan Teknik Penceritaan Digital melalui perisian movie maker. Bahan seperti ini akan
membantu murid untuk lebih memahami
topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
|
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi
untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza?
Mengapa?
|
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi
untuk kumpulan yang sama, saya akan lakukan dengan cara yang berbeza kerana
cara yang saya gunakan seperti permainan kad rahsia telah difahami oleh
murid,
Saya akan melakukan cara yang berbeza mungkin dengan penggunaan
teknologi dan maklumat (ICT) . Hal ini disebabkan oleh, pada era kemodenan
pada hari ini, setiap sekolah mempunyai kemudahan teknologi maklumat seperti
makmal komputer dan ada kelas yang disediakan dengan kemudahan LCD dan Skrin Projector yang memudahkan guru
untuk melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan yang berbentuk ICT. Perkara
ini akan membantu murid untuk lebih aktif dan lebih berminat untuk menyertai
proses P&P pada hari tersebut. Murid pada hari ini lebih tertarik kepada
bahan pengajaran yang berbentuk ICT seiring dengan kemajuan teknologi pada
hari ini. Tambahan lagi, setiap sekolah dibekalkan dengan kemudahan Wi-Fi.
|
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan
dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
|
Teori membantu saya untuk memahami asas masalah pembelajaran, Teori
dapat memberi panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah murid di dalam
kelas.
Antara teori pembelajaran yang saya praktik di dalam kelas saya adalah
teori behaviourisme yang menumpukan kepada tingkah laku pelajar. Teori
behaviourisme saya praktik ketika aktiviti Langkah 1 yang memerlukan murid
untuk ke hadapan kelas dan mencabut Kad Rahsia daripada guru lalu menulis
jawapan di hadapan kelas melalui penerangan. Mereka mendengar arahan dan
mengikuti arahan yang diberi oleh saya.
Saya juga menggunakan teori kognitif yang menilai keupayaan mental
murid untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula pengalaman
mereka untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Teori
kognitif digunakan ketika murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan
mengisi peta I-Think yang diberikan kepada mereka. Perkara ini juga dapat
dilihat ketika aktiviti soal jawab antara saya dengan murid ketika di dalam
kelas.
|





No comments:
Post a Comment